Logo UKM

Logo UKM

Monday, 12 January 2015

Tanam Sendiri -- Kacang Tanah,Peanut

Kacang tanah adalah tanaman yang menarik jika ingin ditanam di halaman rumah. Ini kerana tanaman ini menghasilkan bunga oren yang kemudiannya menghasilkan sulur yang dicucuk ke dalam tanah.  Pod kacang membesar daripada hujung sulur ini.  Kacang tanah yang baru dituai manis rasanya.  Jadi jika anda ingin rasa kacang tanah yang paling enak, anda perlu tanam sendiri, petik dan terus rebus.  Boleh tanam bersama lobak putih, kacang panjang renek, kacang mata hitam, dan kentang. Jika tiada ruang tanah, boleh tanam dalam bekas.  Pokok ini adalah tanaman wajib jika ada anak-anak.  Ia boleh menarik minat kanak-kanak untuk berkebun serta belajar sains.  
Pokok Kacang Tanah yang saya tanam dalam patch tepi pagar.  Dalam tanah hanya 10 cm.  Dalam tanah yang ideal untuk Pokok Kacang Tanah ialah 30 hingga 60 cm.

Persediaan
Kacang tanah tumbuh elok dalam tanah lom berpasir.  Gaulkan tanah dengan baja organik dan biarkan selama seminggu supaya baja terurai sedikit.  Jika tanah liat, gaulkan dengan pasir dan baja organik dan biarkan selama seminggu.  Gembarkan tanah sehingga tanah terlerai.  Pastikan tanah dalam iaitu 30 hingga 60 cm.

Kacang tanah gemarkan tanah yang manis iaitu hampir neutral.  Jika tanah berasid, gaulkan dengan kapur dolomite.

Menyemai
Boleh semai terus di dalam tanah dengan kedalaman 3 cm. Jika tanah mengandungi semut gatal, elok semai dalam bekas semaian dulu kerana semut gatal gemar memakan benih kacang tanah.  Jika inginkan bekalan kacang tanah yang segar sepanjang masa, semai setiap 3 minggu.

Mengalih dan Menjarang
Jika semai dalam bekas, alih apabila cambahan menghasilkan 3 set daun.  Sebelum alih, letakkan bekas semaian di lokasi yang ingin dialih selama 2 atau 3 hari untuk kukuhkan cambahan.

Alih ke tanah atau bekas yang besar.  Jika tanam di atas tanah, jarakkan cambahan antara 15 hingga 20 cm.  Jarakkan antara batas 90 cm. 

Menyiram
Siram selalu untuk kekalkan tanah lembap tetapi jangan sampai air bertakung.  Pastikan tanah mempunyai saliran yang elok.  Apabila pokok mula berbunga, kurangkan siraman supaya tanah lebih kering.  Memadai siram 2 atau 3 hari sekali.

Menggembur
Apabila pokok mula berbunga, gemburkan sekeliling pokok untuk membantu memudahkan bunga menyuntik sulur ke dalam tanah.  Jika tanah berpasir, campurkan gipsum sedalam 20 cm.
Sulur Kacang Tanah (tanda panah) yang terhasil selepas bunga disenyawa mula tumbuh dan menyuntik ke dalam tanah.
Merumput
Merumput bila perlu.

Menuai
Tuai apabila daun mula kertukar kepada warna kuning dan layu.  Biasanya 110 hingga 150 hari selepas disemai.  Gunakan garfu tanah untuk leraikan tanah dan tarik batang pokok ke atas dengan berhati-hati.  Goncang untuk leraikan tanah daripada pod kacang.

Rebus pod dengan sedikit garam.  Isi kacang yang baru dituai rasanya manis.  Jika ingin simpan lama, gantung pokok dan keringkan di tempat yang panas selama 2 hingga 3 minggu.  Jika tanam banyak, boleh buat lepa kacang (peanut butter). 

Rujukan : tanamsendiri.com

Kulit Pisang Sebagai Baja

Pisang adalah makanan berkhasiat yang kaya dengan vitamin dan mineral. Jika amalkan memakan pisang, kita pasti akan mempunyai banyak kulit pisang yang terkumpul. Jangan dibuang kulit tu, rugi. Buat baja. Kulit pisang kaya dengan kalium dan fosforus yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan serta pembentukan bunga dan buah.

Caranya begini.
1. Letakkan kulit pisang di dalam dulang logam, susun dalam kedudukan terhampar untuk luaskan      
    permukaan kulitnya.
2. Letakkan di dalam ketuhar (oven) dan panaskan hingga kulit bertukar menjadi hitam.
3. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk. Kulit pisang akan menjadi keras dan mudah dipatahkan.
4. Masukkan di dalam pengisar (blender) dan kisar hingga menjadi tepung berwarna hitam.
5. Simpan di dalam bekas plastik (tupperware) di tempat kering.

Tabur di bahagian pangkal pokok kira-kira satu sudu besar untuk satu pokok sayur buah (cili, tomato, terung) 2 kali seminggu.

Boleh juga di campur dengan air siraman dan disiram pada pokok sayur buah.

Rujukan : tanamsendiri.com

Wednesday, 7 January 2015

10 Tempat Percutian Sekeluarga di Malaysia






Taman Tema: Lost World of Tambun, Ipoh, Perak..

Lost World of Tambun membawa kelainan berbanding taman tema lain di Malaysia. Taman airnya pelbagai, termasuk Adventure River, Cliff Racer serta Kids Exploratory untuk kanak-kanak. Kawasan berpasir pantai dan Wave Pool juga disediakan. Bagi pencinta haiwan, lawati Petting Zoo untuk membelai haiwan-haiwan di dalamnya dan Tiger Valley. Cabar diri dengan Leap of Faith – terjunan 65 kaki dari paras laut, rock climbing, kayak dan pelbagai lagi aktiviti lasak. Setelah penat, belai diri di Hot Spring & Spa atau rehat saja di bilik Hotel Lost World. Semua ini berada di Sunway City, Bandar Ipoh.


Pulau: Pulau Langkawi, Kedah.

Pulau: Pulau Langkawi, Kedah.Dalam mana-mana senarai teratas tempat percutian di Malaysia, Pulau Langkawi sentiasa mendapat tempat. Tumpuan pelancong termasuk Cable Car Langkawi, Langkawi Oriental Village, Kota Mahsuri, Galeria Perdana, Underwater World Langkawi, Langkawi Wildlife Park, Taman Buaya, Kilim Geoforest Park dan Laman Padi. Bila ke Langkawi, ambil peluang membeli belah pada harga yang rendah kerana tiada cukai dikenakan jika anda menetap sekurang-kurangnya 4 hari.

Pantai: Pulau Perhentian, Terengganu.

Pantai: Pulau Perhentian, Terengganu.Jika lebih suka bersantai di pantai dan laut, Pulau Perhentian tempat terbaik. Ia terkenal dengan pantainya yang bersih berpasir putih dan air yang sangat jernih. Perhentian Besar menempatkan penginapan yang lebih mahal berbanding Perhentian Kecil, namun keduanya sama cantik dan menarik. Pengunjung juga boleh bertukar-tukar tempat bersantai antara kedua pulau dengan teksi air. Aktiviti popular di sini termasuk meredah hutan, melawat program pemeliharaan penyu, berkemah, berkayak dan menyelam.

Tanah Tinggi: Cameron Highlands, Perak

Tanah Tinggi: Cameron Highlands, PerakBagi mereka yang gemarkan kehijauan dan hasil ladang segar, pilihlah percutian tanah tinggi Cameron Highlands. Tenangkan fikiran dengan keindahan ladang teh sambil menikmati teh pelbagai perisa. Tarikan lain termasuk ladang sayur-sayuran dan strawberi, ladang bunga, ladang lebah, muzium serta pasar sayur-sayuran dan buah-buahan segar di Kea Farm atau sepanjang jalan utama dari Ringlet ke Kampung Raja. Kunjungi juga pasar malam Sabtu di Brinchang yang menjadi pusat jualan semua hasil ladang sambil menikmati makanan tempatan. Untuk aktiviti lasak, anda boleh meredah hutan, mendaki gunung dan juga berkemah.


Alam Sekitar: Taman Negara, Pahang-Kelantan-Terengganu.

Alam Sekitar: Taman Negara, Pahang-Kelantan-Terengganu.
Terdapat lebih daripada 30 tempat untuk anda beraktiviti bersama flora dan fauna di sini, bermula dengan canopy walk sepanjang 510m dan 45m dari aras tanah, melawat serta bermalam di mana-mana gua pilihan bersama penghuninya, mencabar daya tahan diri dengan meredah hutan siang ataupun malam hingga kepada memancing atau bersantai dengan pelayaran bot di sungai. Penginapan juga disediakan pada kadar yang berpatutan.

Santai Tempatan: Taiping, Perak.

Santai Tempatan: Taiping, Perak.Tiga tarikan utama di sini. Zoo Taiping terkenal dengan penempatan dan penjagaan haiwan yang terbaik serta Night Safari. Muzium Perak pula merupakan muzium tertua di Malaysia. Koleksinya melangkaui bahan bersejarah dan merangkumi koleksi haiwan. Taman Paya Bakau Matang yang berusia lebih 110 tahun pula menjadi tumpuan pencinta alam kerana kepelbagaian spesis tumbuhannya. Taiping juga terkenal dengan senibina lama serta menempatkan Lake Garden seluas 62 hektar, legasi yang di tinggalkan oleh penjajah British. Sebelum pulang, nikmati cendol Bismillah yang popular kerana lawatan ke Taiping tidak akan sempurna tanpanya.

Bandar Bersejarah: Georgetown, Pulau Pinang.

Bandar Bersejarah: Georgetown, Pulau Pinang.Ia merupakan bandar pelancongan yang pesat membangun tetapi masih mengekalkan bangunan lama. Tarikan disini termasuk Muzium Perang, Masjid Kapitan Keling, Tokong Ular, Fort Cornwallis, Pasar Chowrasta, Street Art, Pantai Batu Ferenggi, Padang Kota Lama dan Rumah P. Ramlee. Namun, aktiviti paling menarik adalah bersantai di tengah Bandar Georgetown sambil menikmati makanan yang pelbagai dan suasana persekitaran yang berbeza, seolah-olah berada dalam ruang masa yang lain. Singgahlah di Restoran Line Clear yang sangat popular apabila berada di sana.


Bandar Alam Semulajadi: Kota Kinabalu, Sabah

Bandar Alam Semulajadi: Kota Kinabalu, SabahTerlalu banyak tempat menarik di Sabah, namun Kota Kinabalu sendiri sudah cukup tarikan dan aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya Taman Marin Tunku Abdul Rahman untuk aktiviti pantai serta menyelam dan Taman Kinabalu yang menempatkan kolam air panas dan canopy walk, pelbagai spesis flora dan fauna yang pelik lagi menarik dan sayur-sayuran serta buah-buahan segar dari ladang. Singgahlah di Pasar Filipina untuk pelbagai hasil laut, sama ada yang kering atau yang dimasak.

Warisan Dunia: Miri, Sarawak

Warisan Dunia: Miri, SarawakJika berminat dengan sejarah dan arkeologi, Miri sedia untuk diterokai. Taman Negara Gunung Mulu diiktiraf sebagai ‘Warisan Dunia’ oleh UNESCO manakala Taman Negara Niah pula merupakan kawasan penempatan manusia lebih 40,000 tahun dahulu. Aktiviti lain termasuk menyelam di Miri-Sibuti Coral Reef National Park, merasai lumpur gunung berapi di Kampung Meritam, berkenalan dengan pelbagai suku kaum Sarawak di pekan bazaar Marudi, bersantai di pusat rekereasi tertua Miri – Pantai Tanjung Lobang dan menikmati hidangan laut segar di pusat juadah Taman Selera.

Bandaraya: Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bandaraya: Kuala Lumpur dan Putrajaya.Banyak tempat yang boleh dilawati di Bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya. Antara lain Petrosains, Aquaria, Taman Tema Cosmo, KL Tower, Pusat Sains Nasional, Taman Burung, Taman Tasik, Planetarium dan Muzium TUDM di Kuala Lumpur. Lanskap bandaraya Putrajaya pula cukup mengagumkan ditambah dengan tarikan seperti Taman Wetland, Tasik Putrajaya berserta pelayaran, Taman Warisan Pertanian, Taman Equestrian, Challenge Park dan pusat membeli belah Alamanda.

Sunday, 4 January 2015

AYURVEDA – SENI PERUBATAN TRADISI

Ayurveda merupakan salah satu daripada seni perubatan tradisi yang Tertua di dunia. Ia menggunakan tumbuhan, herbal dan mineral sebagai punca perubatan dan juga makanan. Ayurveda dipercayai telah wujud 5,000 tahun dahulu dan berterusan menjadi seni perubatan hingga kini . Ada maklumat yang menyatakan Ayurveda ini adalah berasal daripada kitab veda iaitu Rig Veda yang mempunyai maklumat perubatan yang menggunakan ubatan hijau untuk menyembuhkan penyakit. Ayurveda barasal daripada perkataan sanskrit yang membawa maksud ilmu pengetahuan kehidupan ( ayur = kehidupan , veda= ilmu/pengetahuan) atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai ” Science of Live’.
Ayurveda merupakan satu perubatan tradisi yang mempunyai motif makro dimana mengambil insiatif secara semulajadi. Walaupun perubatan jenis ini dikatakan mempunyai unsur-unsur legend dan mitos tetapi cara perubatan ini masih diamal kerana kemujarabannya. Ayurveda mengambil berat tentang badan manusia (fizikal), fikiran (mental) dan emosi (emotional). Mengikut kepercayaan ketidakseimbangan antara ketiga-tiga ini boleh menyebabkan manusia mendapat penyakit serta ketidaksempurnaan dalam kehidupan.” Meditation ” dan Yoga merupakan satu daripada teknik dalam ayurveda dimana teknik ini digunakan untuk ketenteraman fikiran yang berfungsi menseimbangkan fikiran serta badan seseorang manusia. Manakala Maharishi Ayurveda merupakan satu bahagian dalam ayurveda yang memberi maklumat tentang perubatan semulajadi yang menggunakan tumbuh-tumbuhan . Satu kompenan utama dalam Maharishi ayurveda ialah :
“Rasayana”. ” Rasayana merupakan satu formula yang menggunakan herba untuk mengubati ganguan sel dalam badan serta mental manusia.
PRINSIP DOSHA DALAM AYURVEDA.
Ayurveda berasaskan kepada lima elemen utama yang dikenali sebagai ” Pancha Bootham’ . Elemen ini ialah ruang (space), udara ( air) , api (heat), air (water) dan tanah ( earth ). Elemen-elemen ini yang mewujudkan dosha iaitu mempengaruhi faktor fizikal dan emosi. Prinsip tersebut diknali sebagai Vata, Pitta dan Kapha.
VATA
Vata meruapakan dosha yang mengawal sistem pernafasan, pergerakan otot dan tisu. Vata dikatakan mempunyai ciri yang kering dan sejuk disebabkan oleh persekitaran semulajadi. Elemen semulajadi yang terlibat dalam Vata ialah ruang dan udara. Seseorang manusia yang mempunyai ciri Vata ini mempunyai perwatakan yang sangat aktif, alert, kreativiti dan fleksibal. Oleh itu keseimbangan dalam dosha ini amat perlu. Sekiranya berlaku ketidakseimbangan dalam Vata maka seseorang itu mudah mendapat kesejukan, ketakutan dan keresahan.
Ayurveda mempunyai prinsip perubatan atau ‘ medidation’ yang tersendiri untuk mengawal keseimbangan ini. Seseorang yang menghadapi ketidakseimbangan Vata selalunya digalakkan membuat ‘Yoga’ atau ” medidation” untuk menseimbangkan dosha Vata tersebut. Disamping itu terdapat juga produk Ayurveda yang terkini dipanggil ‘ Ayurvedic Vata Tea” yang diperbuat daripada perahan herba.
PITTA
Pitta merupakan dosha yang mengawal pencernaan nutrition, metabolisme dan suhu dan sebagainya. Elemen yang terlibat dalam Pitta ialah api dan air. Dimana api (panas) dan air (sejuk) menunjukkan ciri yang mengawal suhu badan manusia akan mempengaruhi fizikal dan emosi manusia . Keseimbangan ini akan mewujudkan manusia yang bertolak ansur dan mempunyai akal fikiran yang panjang dan bijak.
Sekiranya unsur panas (api) melebihi air (sejuk) dalam badan akan mewujudkan ketidakseimbangan. Ini membolehkan manusia berperwatakan pemarah , pengkritik, benci, cemburu dan mengalami keguguran rambut yang banyak . Terdapat lima subdoshas dalam Pitta:-
  • melibatkan fungsi mata. Ketidakseimbangan akan mewujudkan kekaburan dalam fungsi mata.
  • melibatkan kulit manusia. Ketidakseimbangan akan mempengaruhi kekeringan pada kulit.
  • melibatkan percernaan dalam metabolisme, Ketidakseimbangan akan mewujudkan kesakitan perut.
  • melibatkan pergerakan toxin dalam darah . Ketidakseimbangan akan mewujudkan kemarahan.
Maharisi Ayurveda telah menyarankan beberapa rawatan atau amalan seperti kawalan dalam makanan, iaitu mengambil makanan yang mempunyai ciri yang sejuk, kering dan menghayati keindahan alam semulajadi. Amalan makanan adalah penting dalam dosha Pitta ini.
KAPHA
Tenang dan bertolak ansur (easy-going) merupakan ciri utama Kapha . Kapha terdiri daripada unsur tanah dan air yang membentuk struktur badan. Ketidakseimbangan dalam Kapha akan menyebabkan tambahan dalam keberatan badan, tamak, cemburu, alergik dan sebagainya.
Terdapat lima subdoshas dalam Kapha:-
- melibatkan kelembapan / cecair dalam hidung , mulut dan mata.
- Melibatkan fungsi rasa.
- Melibatkan sistem penghadapan .
- Mengawal muscles dan jantung manusia.
- Mengawal kelembapan kulit.
CONTOH KEGUNAAN TUMBUHAN DALAM AYURVEDA.
ROUWALFIA SERPENTINA ( APOCYNACEAE)
Rauwolifia Serpentina merupakan sejenis pokok reruk yang mempunyai nilai perubahan. Morfologi pokok ini ialah mempunyai akur yang berligar. Ia dinamakan tumbuhan ‘chandra’ dalam bahasa sanskrit. Tumbuhan ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk gigitan ular dan serangga berbisa. Terdapat 50 alkaloid yang diperolehi daripada Rauwalfia. Antara alkaloid yang terpenting ialah Reserpin. Dalam perubatan moden tumbuhan ini adalah digunakan untuk ubat penanang (sedative) iaitu sebagai rawatan pesakit Scihizophrenics dan juga untuk mengawal rekanan darah tinggi.
HALIA (GINGER)
Halia merupakan sejenis herba yang digunakan oleh perubatan tradisi oleh pelbagai masyarakat. Ayurveda juga menggunakan halia sebagai mengawal unsur kapha. Dalam perubatan tradisi halia digunakan untuk rawatan selsema dan juga penghadaman. Ayurvedic moden telah menggunakan halia untuk membuat minimum yang dikenali sebagai Kapha.
PENYAKIT DAN PERUBATAN AYURVEDA
Ayurveda merupakan satu tradisi perubahan yang masih lagi digunakan hingga sekarang samaada dalam masyarakat tempatan dan juga dalam perubatan moden yang menggunakan ubatan dalam bentuk kapsul, the dan sebagainya. Terdapat pelbagai penyakit serta rawatannya dari segi Ayurveda. Antaranya ialah seperti berikut:
ASTHMA (PENYAKIT LELAH).
Ayurveda menamakan penyakit ini sebagai tamak swash. Perubatan Ayurveda menggunakan pelbagai tumbuhan serta herba untuk menyembuhkan penyakit ini. Antara tumbuh-tumbuhan ini ialah:-
  • akar dan daun tumbuhan yang dikenali sebagai “vasha’
  • biji datura- daun tumbuhan “arka’
  • Ramuan daripada bahan-bahan ini dijadikan ubatan, Rawatan ini diberikan dua hingga empat bulan.
ARTHRITIS ( SAKIT SENDI TULANG)
Penyakit ini dikenali sebagai amavatha atau sandhivatha. Jenis penyakit ini menggunakan pelbagai ubat herbal yang dibuat daripada herbal seperti rasna, balathak, asvagandha dan guggulu.Guggulu juga merupakan sejenis tumbuhan yang dipercayai mengurangkan lemah dalam badan.Penyakit jenis ini disertakan dengan amalan “yoga’ dan medidation”. Ia mengambil masa dua hingga tiga bulan. Kemujarabannya dapat dikatakan sehingga 70%.
COLITIS ( SAKIT PERUT )
Colitis dikenali sebagai ‘pakwashayagatwata’. Rawatan ayurveda ialah menggunakan ubatan yang dikenali sebagai Parpatt kalpa yang mengandungi mineral tumbuhan dan isi buah yang dikenali sebagai ‘buah bel’ (Fruit bel)
HEPATITIS (RADANG HATI)
Hepatitis dikenali sebagai ‘yakruth utkara’. Tumbuh-tumbuhan tempatan yang dikenali sebagai kutaki, kala megha, daru harindra, bhoomi amla dan herba-herba lain digunakan untuk rawatan penyakit ini. Walaubagaimanapun perubatan ayarveda tidak menampak kan keberkesanan yang mujarab.
CONSTIPATION (SEMBELIT)
Penyakit ini dikenali sebagai koshta baddhata. Jenis penyakit ini menggunakan daun ‘senna’ iaitu sejenis kulamair, akar liquarice dan bahan semulajadi yang lain. Jenis rawatan ini menampakkan kemujarabannya.
CONTOH PRODUK PERUBATAN DARIPADA AYURVEDA
Digest Aroma Oil (minyak Aroma)
‘Aroma Oil’ diperbuat daripada sumber keunikan perubatan Ayurveda. Ia diperbuat daripada perahan beberapa herba seperti lada hitam, halia, adas, ketumbar dan sebagainya. Fungi ‘Aroma Oil’ ini ialah untuk mengawal pencernaan. Pencernaan yang tidak baik menyebabkan beberapa masalah seperti keberatan badan yang lebih, tenaga yang rendah, alergik, kemarahan, kesesakan nafas dan sebagainya. ‘Digest Aroma oil’ merupakan ubatan tradisi yang dapat menyenangkan pencernaan dalam badan manusia.
AYURVEDIC HERBAL TEAS.
Ayurveda menyarankan manusia harus mengambil makanan dengan enam rasa . Rasa makanan ini adalah berdasarkan tiga dosha iaitu Vata , Pitta dan Kapha. Ayurvedic Herbal Tea mempunyai tiga jenis tehIaitu vata tea, Pitta tea dan Kapha tea.
VATA TEA
Diperbuat daripada sejenis kulampair yang dikenali sebagai Licorice dan rempahan semulajadi yang lain. Minuman the ini sesuai pada cuaca sejuk dan kering.
PITTA TEA
Ramuan dalam Pitta tea ialah bunga lawang, kelompak ros, Minuman sesuai pada cuaca panas.
KAPHA TEA
Kapha tea diperbuat daripada halia dan juga ramuan semulajadi yang lain. Ia sesuai diminum pada cuaca sejuk dan lembap.
HERBAL CLEANSE.
Kapsul Herbal Cleanse ini digunakan untuk keseimbangan Apana Vata. Ia diperbuat daripada daun “senna” dan Adas serta lima ramuan herba yang lain.Terdapat banyak lagi produk perubatan yang berasaskan ayurveda yang digunakan pada masa kini.
KESIMPULAN.
Ayurveda merupakan perubatan alternatif yang digunakan hingga kini oleh masyarakat tempatan India dan juga Asia lain. Kemujaraban perubatan ayurveda ini telah diakui oleh negara-negara barat seperti Oxford Universiti. Terdapat juga institusi yang berkenaan dengan perubatan ayurveda seperti Ayurvedic Institute Of America dan sebagainyaSource: KOILA A/P KUPPAN
RUJUKAN
  1. Nature: But How Effective Is It?, july 1990, Utusan Konsumer.
  2. Indian Alternative to Western Medicine, 1997, Health.
  3. Maharishi Ayurveda, File :///A/Ayurveda 4.htm
  4. Ayurveda homepage, File:///A/Ayurveda .htm
  5. Learning Memory And Recall And Maharishi Ayurveda File:///A/Ayurveda 3.htm